(1) Sebelum pertama kali digunakan, basuh cloth diaper dan juga insert sekurang-kurangnya 2-3 kali. Basuh menggunakan tangan sudah memadai, dengan menggunakan sedikit sabun (elakkan dari sabun yang mengandungi enzim pewangi, agen pemutih) Bilas dan jemur sehingga kering.
(2) Masukkan insert ke dalam pocket (Jangan letakkan insert yang dibuat dari microfiber menyentuh kulit baik kerana kuasa serapannya yang kuat akan menyerap kelembapan semulajadi dari kulit bayi) Pastikan insert dimasukkan dengan kemas sehingga ke bahagian hadapan (terutamanya bagi bayi lelaki) Diaper dengan satu insert boleh digunakan sehingga 4 jam. Pada waktu malam, masukkan 2 insert bagi memastikan bayi tidak bocor hingga ke pagi. Elakkan biarkan cloth diaper tidak bertukar dalam jangka masa yang lama bagi mengelakkan ruam lampin dan bakteria.
(3) Keluarkan insert dari cloth diaper sebelum dibasuh. Cloth diaper yang tidak terkena najis boleh dibilas dan terus dibasuh dengan menggunakan tangan (Jangan gunakan berus terutamanya berus sabut) atau dimasukkan ke dalam mesin basuh seperti biasa. Bagi basuhan menggunakan mesin basuh, digalakkan menggunakan laundry net supaya cloth diaper lebih tahan lama. Kurangkan sukatan sabun (1/4 kali dari sukatan biasa)
(4) Jangan gunakan softener atau clorox semasa membasuh kerana ia boleh mengurangkan daya serapan dan merosakkan cloth diaper atau insert. Sekiranya cloth diaper terkena najis, buangkan najis ke dalam lubang tandas dengan memancutkan air. Kemudian bilas dengan air sebelum dimasukkan ke dalam mesin basuh. Najis yang terkena microfleece sangat mudah ditanggalkan terutamanya bagi ibu-ibu yang menyusukan bayinya. Cecair basuh pinggan seperti sunlight boleh digunakan untuk menanggalkan warna kekuningan pada cloth diaper. Sekiranya cloth diaper tidak sempat dibasuh, tinggalkan di dalam baldi kering tanpa perlu direndam dan boleh dibasuh kemudian.
(5) Insert yang sudah lama digunakan akan nampak kekuningan. Jangan gunakan clorox kerana ia akan merosakkannya. Perahkan limau nipis pada insert yang basah dan biarkan seketika sebelum dibasuh. Selain itu, bikarbonat soda juga boleh digunakan dengan mencampurkan sedikit serbuk itu semasa membasuh insert dan kemudian dibilas dengan menggunakan cuka. Jangan lakukannya pada cloth diaper kerana ia boleh merosakkan PUL (material luar cloth diaper) dan menyebabkan kebocoran. Selain itu, kekuningan juga akan hilang apabila dijemur dibawah cahaya matahari atau setelah dicuci berulang kali.
(6) Seminggu atau sebulan sekali, lakukan stripping. Iaitu membersihkan bahagian luar dan dalam microfleece dengan sabun pencuci pinggan yang mempunyai kuasa menanggalkan minyak yang baik (Sunlight), kemudian dibilas sebersihnya. Ini adalah untuk memastikan supaya microfleece dapat berfungsi dengan baik dan mengelakkan kebocoran.
0 comments:
Post a Comment