Punca kebocoran Cloth Diaper

Ibu-ibu yang menggunakan cloth diaper buat pertama kalinya pasti akan merasa tidak berpuas hati apabila berhadapan dengan masalah kebocoran. Jangan berputus asa,kerana realitinya dengan penjagaan yang betul cloth diaper tidak sepatutnya bocor malah kadar serapannya akan menjadi lebih baik apabila semakin lama digunakan.

10 sebab kebocoran cloth diaper

(1) Pre-wash tidak dilakukan dengan sempurna. Pre-wash perlu dilakukan sekurang-kurangnya 2 kali dengan air suam untuk membuang kekotoran dari kilang dan menambah daya serapan.
(2) Insert tidak dimasukkan dengan sempurna - Pastikan insert diletakkan rata dan tidak bergulung dalam poketnya.
(3) Cara pemakaian yang tidak sempurna - Pastikan cloth diaper dipakaikan dengan kemas terutamanya dibahagian paha.
(4) Terlebih muatan - Bagi anak-anak yang heavy wetter atau waktu malam gunakan insert yang lebih atau yang menyerap lebih banyak air bagi mengelakkan kebocoran. Biasanya 2 insert boleh bertahan selama 8 jam bergantung kepada kekerapan bayi/kanak-kanak membuang air kecil
(5) Saiz yang besar - Walau pun kebanyakan cloth diaper mempunyai satu saiz yang boleh diubahsuai mengikut saiz kanak-kanak, ia mungkin tidak sesuai dengan bayi yang baru dilahirkan.
(6) Jantina - Cara pemakaian cloth diaper bagi kanak-kanak lelaki dan perempuan adalah berbeza. Untuk lelaki, lebihkan insert dibahagian hadapan manakala bagi perempuan lebihkan insert dibahagian belakang.
(7) Bayi/Kanak-kanak kerap buang air - Bagi kanak-kanak yang heavy wetter, kerapkan penukaran cloth diaper atau gunakan insert yang lebih kuat daya serapannya.
(8) Penggunaan sabun yang salah - Elakkan dari menggunakan sabun yang mengandungi enzim, pelembut atau pemutih ketika membasuh cloth diaper.
(9) Sabun terkumpul dalam cloth diaper atau insert - Pastikan anda melakukan stripping seminggu atau sebulan sekali bagi membuang sabun yang terkumpul dan mengembalikan daya serapan cloth diaper. :. Stripping adalah kaedah membasuh menggunakan sabun pencuci pinggan mangkuk cecair seperti sunlight.
(10) Cloth diaper tidak sesuai - Setiap cloth diaper mempunyai cutting yang tersendiri, oleh itu tidak semua cloth diaper mungkin sesuai dengan anak anda. Oleh itu, untuk permulaan beli cloth diaper pada jumlah yang kecil. Sekiranya bersesuaian, barulah tambah koleksi.

0 comments:

Post a Comment