(1) Cloth diaper adalah mahal - Penggunan lampin pakai buang memerlukan perbelanjaan sekurang-kurangnya RM2000-RM3000 sehingga kanak-kanak berumur tiga tahun. Semuanya hanya untuk dipakai selama 4-5jam dan kemudiannya menjadi sampah yang memerlukan beribu tahun untuk diuraikan.Sedangkan ibu bapa hanya perlu
membelanjakan kurang dari RM1500 untuk membeli cloth diaper dan ia boleh digunakan hingga dua orang atau lebih.
(2) Cloth diaper berbau - Cloth diaper tidak berbau lebih dari mana-mana jenama lampin pakai buang. Cloth diaper yang diletakkan di dalam baldi tidak berbau lebih busuk dari lampin pakai buang yang diletakkan di dalam tong sampah.
(3) Cloth diaper sukar dikendalikan - Tidak dinafikan bahawa lampin pakai buang lebih mudah dikendalikan kerana tidak memerlukan pembasuhan, tetapi mengendalikan cloth diaper adalah tidak sesukar seperti yang disangkakan. Gunakan kaedah baldi kering, buangkan najis terlebih dahulu ke dalam mangkuk tandas (sekiranya ada)dengan memancutkan air kepada bahagian yang terkena najis. Kemudian keluarkan insert dari dalam cloth diaper (sekiranya menggunakan pocket diaper) dan masukkannya ke dalam baldi yang kering sehingga hari membasuh.
(4) Cloth diaper mudah bocor - Cloth diaper moden didatangkan dengan pelbagai gaya dan ianya menggunakan kain yang dapat menyerap kebasahan dengan baik sekali. Dengan kaedah yang betul dan penukaran yang kerap, cloth diaper tidak akan bocor. Cloth diaper tidak akan dapat menyerap air sebanyak lampin pakai buang, tetapi
lampin sepatutnya ditukar sekerap mungkin.
(5) Membasuh cloth diaper membazirkan air dan elektrik - Membasuh sememangnya memerlukan air dan elektrik, tetapi banyak mesin basuh pada masa kini mempunyai teknologi yang dapat menjimatkan air dan elektrik. Malah sekiranya dibandingkan dengan lampin pakai buang, berapa banyak hutan yang perlu ditebang untuk menghasilkan lampin bagi anak-anak kita sehingga umur mereka 3 tahun. Bayangkan pula kesan kepada alam sekitar dan juga pencemaran yang disebabkan oleh penggunaan lampin pakai buang.
0 comments:
Post a Comment